
Selamat sejahtera
Saya Dr. Hafizah binti Salleh mengucapkan selamat datang ke Klinik Sri Penawar Kuala Selangor. Izinkan saya memperkenalkan diri saya kepada semua pelanggan yang baru dan para pelanggan yang setia menyokong klinik ini.
Mengakhiri zaman persekolahan di Sekolah Tun Fatimah Johor Bharu(SBP). Kemudian meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar Mesir selama 6 tahun dalam bidang perubatan.
Sekembalinya ke Malaysia, meneruskan perkhidmatan di Hospital Melaka selama 2 tahun. Seterusnya di tempatkan di jabatan perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor selama 3 tahun.
Menerima tawaran untuk berkhidmat di Klinik Sri Penawar. Alhamdulillah, sokongan dan dorongan daripada semua pihak, pelanggan dan pembantu di Klinik Sri Penawar sangat baik dan mengalukan kedatangan kami sekeluarga.
Kami mengalu-alukan kedatangan tuan-puan ke klinik sekiranya menghadapi masalah kesihatan dan memerlukan khidmat nasihat mengenai masalah kesihatan yang di alami.
Perkhidmatan
Testimonials
amirul hisyam
Klinik yang terbaik.
Segala penerangan di sampaikan dengan baik dan jelas.
Service terbaik.
Dr Hafizah sangat profesional.
Penerangan yang jelas,mesra dan mudah di fahami oleh pesakit.
cik. Timoh
Klinik design old school.
berbeza perkhidmatan yang di berikan sangat mudah dan membantu daripada staff hingga ke doktor.
Md Ali Rustam
Telefon Klinik
+6 0 17-412 9324
kliniksripenawar.penawar@yahoo.com






